Saturday, April 14, 2012

MALAYSIA dalam GUINESS WORLD RECORDS

Tau ke kome ape menatangnye GUINESS WORLD RECORDS (GWR) tu. Mesti la tau kan, kalo x tau tu ade la nampak sket bongoknye. GWR nie akan mengiktiraf rekod2 dunia yg dilakukan oleg pelbagai pihak secara rasmi. Kalo pegi kedai buku korang try la carik buku GWR nie. Baru2 nie aku usha kt kedai buku hargenye murah je iaitu RM99.90. Buku GWR jugak merupekan pemegang rekod dunie sebagai BUKU PALING BANYAK DICURI DI PERPUSTAKAAN SELURUH DUNIA, hebatkan.....
nie la logonye........

Yg td tu intro je. Skrang nie aku nk sembang la sket beberape buah rekod yang ade melibatkan negara kite yg terchenta iaitu  MALAYSIA. Korang semue bleh cek sendri dalam laman web rasmi GWR. Seblum aku usha laman web tu agak hodoh la jugak grafik die tapi sekarang nie dh berubah, lagi senang nk carik info. Rekod dunie yg melibatkan Malaysia x la banyak beno, ade la lebeh kurang 30. Tapi aku nk crite beberape daripadenye ajelah yg aku rase cam bes nk bgtau kat kome sume....

1. Menara Berkembar Tertinggi Dunia
Sah2 la MENARA BERKEMBAR PETRONAS kat Kolumpor tu. Menara tersebut secara rasminya telah dibuke pd Mac 1996. Walaupun dapat pegang sekejap je title menara tertinggi dunia, menara nie still bleh megah lagi sbb masih wujud dalam kamus GWR. Nseb baik la depe buat berkembar kalo buat sebatang je tegak kat atas tanah mesti akan jadik mcm TAIPEI 101, SEARS TOWER, dll yg terpakse mengucapkan selamat tinggal disebabkan munculnye BURJ KHALIFA, Dubai....
bangge aku.... ade yg kate salah satu menare tu senget sket.......


2. Spesis Gajah Terkecil Dunia
Gajah nie bleh jumbe kt hutan Borneo Malaysia sahaje. Gajah yg dimaksudkan adelah drpd spesis GAJAH PIGMY BORNEO. Spesis gajah nie menjadikan pertambahan dalam pecahan spesis Gajah Asia kepada empat yg melibatkan gajah India, Sri Lanka dan Sumatra. GWR mengiktiraf rekod nie selepas pengesahan yg diperoleh drpd ujian DNA pd 1 September 2006 yg menunjukkan bahawa Gajah Pigmy Borneo sebgai spesis baru.
kalo beso tu aje serba salah nak naik......

3. Paling Banyak Merotan di Dunia
Kes merotan nie bukan kes yang berlaku dkt rumah tu tp berdasarkan statistik merotan yang dilakukan oleh pihak berkuasa selapas hukuman dijatuhkan di mahkamah. Menurut statistik yg dikeluarkan, lebih daripada 10,000 aktiviti merotan telah dilakukan setiap tahun. GWR mengiktiraf rekod nie pade 1 Januari 2010..... Tahniah dan syabas diucapkan kepada org yg kena rotan tu, disebabkan depe satu rekod dunia yg baru telah tercipta.....
pernah jadik isu seketika dahulu apabile chekgu udah x bleh merotan dkt sekolah sbb x moden  la kononnye..... tapi ini terkecuali drpd statistik merotan seperti yg dinyatakan di atas........

4. Hotel Terbesar Dunia
FIRST WORLD HOTEL dekat area Genting Highland tu telah memegang rekod dunie nie sejak 1 Januari 2005. Dikatekan ade 6118 buah bilik disediakan dekat situ. Maklum la kan banyak aktiviti menarik dekat Genting, mesti la org nk tido2 jugak....
skali tengok macam lego pon ade sbb warne-warni....

5. Negara Paling Banyak Kawan Digital di Dunia
Contoh paling dekat adelah Facebook. Cube korang tengok bilangan friends kawan korang atau korang punye friends sendiri kat facebook. Mane la idaknye Malaysia pegang rekod nie kalo sorang je kawannye berjuta-juta lemon (kwan fb aku 400+ je). Hensem sket je pegi add, pake kontek lens sket je pegi add. Rekod nie diiktiraf pd 1 Januari 2011. Statistik yg dikeluarkan menunjukkan bahawa purata seorang rakyat Malaysia memiliki 233 orang kawan. Tempat kedua ialah negara Brazil yg sipi2 je lagi nk lawan org Malaysia dengan purata sebanyak 231 org kawan seorang. Ape yg lagi mengejutkan adelah pemegang rekod kawan digital paling sedikit adelah negara maju iaitu Jepun dengan purata sebanyak 29 org kawan seorang.... 
cinta muka buku~~~~~

6. Penggunaan Rangkaian Sosial Paling Kerap di Dunia
Kesinambungan daripade rekod dunia sebelum nie. Org Malaysia secara puratanye menghabiskan mase untuk rangkaian sosial selama 9 jam seminggu (aku rase aku take time sampe 7 hari seminggu kot). Mengekori dari belakang adelah Org Rusia iaitu purata sebanyak 8.1 jam seminggu. Rekod ini telah diiktiraf dengan jayanya pd 1 Oktober 2010.....


PENUTUP
Stakat nie je la yg aku nk kongsi dengan korang. Ade banyak lagi rekod dunie berkaitan Malaysia bleh carik dan bace sendiri dkt link yg aku bagi nie antarenye rekod oleh NICOLE ANN DAVID, rekod PECAH KELAPA, rekod PECAH TELOR, pasal GRAFITI dll..... rekod yg xde kaitan dengan kite pon lagi banyak dalam web tu....

KLik sni ye....

k...bai....

cCCcCcHhHhhHhAaAaAllLlloOoO.............

No comments:

Post a Comment